Isnin, 30 Julai 2012

Kejujuran Para Sahabat dalam Ilmu

Abdurrahman bin Abi Layla RA telah berkata,

"Aku telah bertemu dengan 120 orang dari kalangan para Sahabat, tiada seorang pun diantara mereka yang akan meriwayatkan hadith kecuali mereka mahu saudara mereka untuk memberi teguran kepada mereka, dan tiada pula diantara mereka yang mengeluarkan fatwa kecuali mereka mahu saudara mereka untuk membantu mereka sebaliknya."

Ibnu al-Mubarak, al-Zuhd Wa al-Raqa'iq, Jilid 1, m/s 140, no.49

Siapa yang boleh mengeluarkan Fatwa?

Diriwayatkan bahawasanya suatu hari Imam Malik (RAH) ditanya seseorang, "Siapakah yang boleh mengeluarkan fatwa?" Lalu beliau menjawab,

"Mengeluarkan fatwa itu tidak dibenarkan (dilarang) kecuali bagi seseorang  yang mengetahui (dengan jelas) tentang apa yang orang lain berbeza pendapat (khilaf) dalam sesuatu." Orang tersebut bertanya lagi, "Adakah engkau maksudkan pandangan manusia yang berbeza terhadap sesetengah pendapat (orang ramai yang lebih bergantung kepada analogi dan spekulasi)?". Imam Malik menjawab lagi, "Tidak, yang aku maksudkan adalah khilaf diantara para sahabat Rasulullah SAW. Seseorang itu juga haruslah mengetahui (dengan mendalam) akan bukti/petunjuk akan sesuatu hukum yang telah dimansukhkan dan apa yang dimansukhkan (oleh dalil yang lain), sama ada di dalam Quran atau pun Hadith. (Jika cukup syarat tersebut maka) Seseorang tersebut boleh mengeluarkan fatwa."

Rujukan : Ibnu 'Abd al-Barr, Jami' Bayan al-'Ilm wa Fadlihi, 1529


Diriwayatkan juga bahawasanya Abdullah bin al-Mubarak RA telah ditanya, "Bilakah seseorang itu boleh mengeluarkan fatwa?". Beliau membalas, "Apabila seseorang itu mengetahui (dengan mendalam) tentang periwayatan (hadith dan athar para Salaf), dan mempunyai pemahaman mendalam dalam pendapat (hukum)."

Rujukan : Ibid, 1532


Jahil : Belajar Quran tanpa Memahami Sunnah

Diriwayatkan bahawa 'Imran bin Husayn RA, ketika mana beliau di tengah-tengah kelompok orang ramai lalu seorang lelaki berkata;

"Tinggalkan ini dan berikan kami sesuatu yang dari Kitab Allah". Lalu 'Imran membalas, "Kamu ini dungu (bodoh). Adakah dapat kamu ketahui butiran tatacara tentang solat di dalam Quran? Adakah juga kamu dapati huraian tentang puasa di dalam Quran? Inilah al-Quran yang menetapkan perkara tersebut, dan Sunnah pula menjelaskan (tentang perkara tersebut)".

al-Harawi, Dham al-Kalam, 244 dengan berbagai lafaz.


Ahad, 29 Julai 2012

Lebih Mulia menjadi Debu Tanah

Abdullah bin 'Amr RA telah berkata,

"Adalah lebih baik untuk seseorang itu menjadi tanah daripada sengaja berjalan dihadapan orang yang sedang solat".

Ibnu 'Abd al-Barr, at-Tamhid. Dinilai sahih oleh Syeikh al-Albaani dalam Sahih al-Targhibi wa al-Tarhib, Jilid 1 m/s 135.

Mohonlah kepada Allah agar dikekalkan Iman

Mu'awiyah bin Qurrah meriwayatkan bahawa Abu Darda' selalu mengucapkan, "Kami bermohon kepada Allah agar dikekalkan Iman, keyakinan yang benar, dan ilmu yang bermanfaat". Beliau (Mu'awiyah) menambah, "Ini menunjukkan bahawa terdapat keimanan yang berkekalan, dan adanya keyakinan yang tidak pasti dan juga adanya cabang ilmu yang tidak bermanfaat".

Ibnu Battah, al-Ibanah al-Kubra, Jilid 2, m/s 498.

Nota :

Doa yang dinyatakan diatas adalah seperti berikut (di dalam teks Arab);

نسأل الله إيماناً دائماً ؛ ويقيناً صادِقاً ؛ وعلماً نافِعاً


4 Petanda Mereka yang Celaka

Diriwayatkan bahawasanya Hassan al-Basri RA pernah berkata;

"Empat petanda kecelakaan (bagi seseorang) adalah; mempunyai hati yang keras, mata yang kering (tidak pernah menangis - kerana takutkan Allah), mempunyai harapan yang tinggi yang berlebihan (tentang hidup) dan tamak dan bersungguh-sungguh untuk mengumpulkan perkara duniawi."

Ibnu Abi Dunya, Kitab al-Zuhd, 36.

Dunia itu Sementara

Diriwayatkan bahawasanya Abdullah bin Mas'ud RA telah berkata;

الدنيا دار من لا دار له، ومال من لا مال له، ولها يجمع من لا عقل له
"Dunia ini hanyalah rumah bagi mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal yang sebenar (di Syurga), dan ianya merupakan kekayaan bagi orang yang tidak mempunyai kekayaan sebenar, dan juga akan dikumpul dan dipungut oleh orang-orang yang tidak mempunyai kepintaran yang sebenar".

Ibnu Abi Dunya, Dhaam al-Dunya, artikel 16.



Kalam nan Indah [Ikhlas]

Diriwayatkan bahawa anak kepada Fudail bin 'Ayyad Radhiallahu 'anhu pernah berkata kepada bapanya;

"Wahai ayah, alangkah indahnya kata-kata yang diucapkan oleh para sahabat!". Berkata Fudail, "Tahukah kamu wahai anakku mengapa ianya begitu indah?". Anaknya menjawab, "Tidak wahai ayahku". Balas beliau, "Tidak lain tidak bukan adalah mereka memperoleh (kata-kata tersebut) daripada Allah apabila mereka bertutur."

Rujukan : al-Bayhaqi, Syu'aib al-Iman 2:299




Segalanya bermula dengan Niat

Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya, setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah kerana apa yang dikehendaki."
(HR Bukhari dan Muslim)

Ini adalah diantara hadith yang masyhur yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat kita, bahkan para ulama' biasanya memulakan segala tugasan mereka dengan berpandukan hadith ini. Disini disertakan secara ringkas huraian hadith diatas oleh Ibnu Rajab al-Hanbali di dalam kitabnya, Jami' al-Ulum wal Hikam yang mensyarahkan keseluruhan hadith dalam kitab Hadith 40 Imam Nawawi:

Imam Bukhari memulakan mukaddimah dalam Shahihnya dengan hadith ini (sebagaimana juga Imam Nawawi dalam Hadith 40) yang dimana ianya memperingatkan kepada kita semua bahawa setiap amalan yang dilakukan oleh seseorang semata-mata bukan untuk mencari keredhaan Allah maka dia tidak akan menerima imbalannya sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Abdul Rahman bin Mahdi, salah seorang 'alim dalam bidang hadith berkata; "Jika aku hendak menyusun satu karangan di dalam bab-bab, aku pasti akan meletakkan hadith ini pada awal setiap bab tersebut". Beliau juga turut berkata, "Jika seseorang itu mahu mengarang tulisan, hendaklah dia bermula dengan hadith berkenaan tujuan dan niat".

Hadith ini membentuk satu prinsip asas dalam Islam dan merupakan paksi dalam persekitaran cara hidup kita.

Berkata Imam al-Syafi'i, "Hadith ini merupakan satu pertiga daripada ilmu pengetahuan, dan ia berkaitan dengan 70 cabang dalam bidang Fiqh (kefahaman agama yang betul)".

Berkata pula Imam Ahmad, "Asas dalam Islam adalah berpaksikan 3 hadith; satu diriwayatkan oleh Umar (Setiap amalan itu bermula dengan niat), satu diriwayatkan oleh 'Aisyah (Barangsiapa yang melakukan suatu amalan yang bukan daripada kami, maka ianya adalah tertolak) serta satunya yang diriwayatkan oleh Nu'man bin Bashir (Perkara yang halal dan perkara yang haram adalah jelas...)".

Hadith ini mengajarkan kepada kita akan prinsip bahawa penerimaan amalan kita (sama ada diterima atau tidak) adalah bergantung kepada niat disebaliknya. Jika niat tersebut adalah baik dan ikhlas untuk menggapai keredhaan Allah, maka ianya dikira sebagai satu amal soleh. Namun jika sebaliknya, amalan itu akan dikira sebagai sia-sia dan tidak diterima. Inilah antara perkara pertama yang harus diambil kira.

Syarat lain yang perlu diambil kira bagi memastikan sesuatu amalan itu untuk diterima adalah dengan menjadikan setiap satu amalan itu bertepatan dengan ajaran Islam yang sebenar sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW dan juga sebagaimana yang difahami dan diamalkan oleh golongan soleh terdahulu. Oleh sebab itu, Baginda SAW menyatakan,

"Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan daripada kami, maka ianya tertolak". [HR Bukhari dan Muslim]


Ibnu Rajab, Jami' al-Ulum Wa al-Hikam




Keharusan Bagi Lelaki untuk Memakai Wangian

Diriwayatkan daripada Abi Qilabah bahawasanya Ibnu Abbas RA, ketika beliau keluar daripada masjid, jiran tetangganya pasti mengetahui sama ada beliau telah melintasi halaman mereka disebabkan bau wangian yang dipakai oleh beliau dapat dihidu oleh semua.

Diriwayatkan juga bahawasanya Abdullah (Ibnu Mas'ud) selalu memakai wangian dari kasturi bersamanya. Beliau juga dikatakan dapat dikenali oleh sesiapa pun berdasarkan wangian yang dipakai oleh beliau.

Nufay' (mawla Abdullah -Ibnu Mas'ud-) meriwayatkan,

"Abdullah adalah salah seorang yang selalu paling berbau harum dan selalu memakai pakaian bersih yang berwarna putih".

Uthman bin Ubaydillah (mawla kepada Sa'ad bin Abi Waqqas) berkata,

"Aku selalu melihat Ibnu Umar, Abu Hurairah, Abu Qatadah, dan Abu Usayd al-Sai'di (Radhiyallahu anhum 'ajmain) berjalan melintasi kami ketika kami masih dalam pengajian. Aku dapati bahawa kami akan dapat menghidu bau wangian haruman daripada mereka".

Dilaporkan juga bahawasanya Abdullah bin Ja'far RA selalu menyapu wangian kasturi pada rambutnya.

Berkata Ummu Razin;

"Aku selalu menghadiahkan wangian kepada Ibnu Abbas. Beliau berkata kepadaku; Tiada perkara yang paling disukai kaum Quraisy berbanding ini (wangian). Lalu dia menghadiahkan kami al-Wars (tumbuhan yang digunakan untuk mewarnakan kain)."

 [Ibnu Abi Syaibah, Kitab al-Adab, 92-99]




Jagalah pandanganmu








"Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati." [Surah Ghafir : 19]

Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Abbas RA dalam menafsirkan ayat ini, beliau berkata;

Seorang lelaki apabila dia berada dalam suatu kelompok bersama yang lain, lalu dia menunjukkan contoh yang baik dihadapan yang lain, seolah-olah dia telah menundukkan pandangannya apabila ketika seorang wanita melintasi tempat mereka. Apabila dia merasakan bahawa sahabatnya yang lain tidak mengendahkan tindakannya, lalu dengan sekilas dia melihat akan susuk tubuh wanita tersebut. Namun jika dia takut sahabatnya yang lain akan mendapat tahu dia mengamati susuk tubuh wanita terbabit, dia cepat-cepat akan menundukkan pandangannya, namun Allah sahaja yang mengetahui isi hatinya yang dimana sebenarnya dia ingin sekali melihat aurat wanita terbabit.

Hunad b. al-Sari, al-Zuhd, artikel 1428

 

Keilmuan 'Aisyah (RA)

Diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy'ari RA bahawa;

Para sahabat Baginda Rasulullah SAW tidak pernah menghadapi sebarang kesulitan dalam perkara berkaitan hadith melainkan mereka bertanyakan kepada Ummul Mukminin 'Aisyah Radhiallahu 'Anha, yang dimana beliau mempunyai pengetahuan terhadapnya.

Diriwayatkan juga oleh Masruq RA bahawasanya,

Demi Allah, kami pernah melihat sahabat bertanyakan 'Aisyah berkenaan undang-undang wasiat.

[Ibn al-Jauzi, Sifah al-Safwah, Jilid 1, m/s 319]
 
© Baitul Salaf | Dijanakan oleh Blogger
آثار ومقالات عن السلف الصالحين مترجمة إلى اللغة الملايوية | موقع بيت السلف @