Rabu, 19 Mac 2014

Kedudukan Abu Bakar dan Umar disisi Nabi

Sufyan bin 'Uyainah radhiyallahu'anhu meriwayatkan, bahawa seorang lelaki pernah bertanya kepada Ali bin Husain bin Ali bin Abi Talib radhiyallahu'anhu, "Apakah kedudukan Abu Bakar dan Umar dengan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam?". Jawab Ali bin Husain, "Kedudukan mereka dengan Baginda ialah seperti tempat mereka kepada Baginda pada hari ini". (iaitu tempat kubur mereka diletakkan, yakni bersebelahan dengan Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam).

Rujukan : Abu Bakar al-Dainuri, al-Mujalasah wa Jawahir al-'Ilm 4:254

Diseksa kerana menunaikan Solat?

Sa'id bin al-Musayyab menceritakan, beliau melihat seorang lelaki melakukan solat sunat dua raka’at setelah solat subuh, kemudian Sa’id melarangnya. Lelaki tersebut berkata, “Wahai Abu Muhammad, adakah Allah akan menyeksaku kerana menunaikan solat?” Lalu Sa'id menjawab, “Tidak, akan tetapi Allah akan menyeksamu kerana menyalahi sunnah”.


عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ أَنَّهُ رَأَى رَجُلًا يُصَلِّي بَعْدَ طُلُوعِ الْفَجْرِ أَكْثَرَ مِنْ رَكْعَتَيْنِ يُكْثِرُ فِيهَا الرُّكُوعَ وَالسُّجُودَ فَنَهَاهُ فَقَالَ يَا أَبَا مُحَمَّدٍ يُعَذِّبُنِي اللَّهُ عَلَى الصَّلَاةِ قَالَ لَا وَلَكِنْ يُعَذِّبُكَ عَلَى خِلَافِ السُّنَّةِ

Rujukan :
al-Baihaqi, Sunan al-Kubra II/466
Khatib al-Baghdadi, Al-Faqih wal Mutafaqqih I/147
 
© Baitul Salaf | Dijanakan oleh Blogger
آثار ومقالات عن السلف الصالحين مترجمة إلى اللغة الملايوية | موقع بيت السلف @