Imam Zahabi dalam Siyar `Alam al-Nubala (12/450) dan Imam Ibnu Hajar dalam
Muqaddimah al-Fath (505) meriwayatkan dengan sanad mereka bahawa Imam
al-Bukhari pernah memulakan satu projek membina bangunan berdekatan
Bukhara - tempat tinggal asalnya al-Bukhari - .
Ramai manusia datang membantu untuk projek binaan itu dan Imam al-Bukhari sendiri turun membantu dengan membawa batu-bata binaan bersama-sama para pekerja lain. Dan sememangnya telah cukup ramai tenaga para pekerja untuk projek tersebut, memandangkan Imam al-Bukhari yang menaja projek binaan itu, maka Imam Muhammad ibn Abu Hatim merasakan Imam al-Bukhari tidak perlu bersusah-payah turun padang mengangkat batu-bata bersama, kata Imam Muhammad ibn Abu Hatim kepada Imam al-Bukhari:

"Wahai Abu
Abdullah (iaitu kunyah kepada Imam al-Bukhari), kamu tidak perlu
berkerja - mengangkat batu-bata bersama - kerana telah amat cukup tenaga
pekerja yang menguruskan apa yang perlu diuruskan". Maka jawab Imam
al-Bukhari : "Kerja-kerja kebajikan sebeginilah yang menguntungkan kita -
di hari Akhirat kelak, maka biarkan aku berkerja - ".
Imam al-Bukhari menjemput kesemua manusia - para pekerja projek itu dan lain-lainnya - untuk makan (jamuan). Seramai - kira-kira - 100 manusia memenuhi jemputan jamuan tersebut, walaupun Imam al-Bukhari tidak menyangka manusia yang datang begitu ramai, mereka semua diberkati dengan makanan yang diberikan mereka, dan mereka makan hingga kenyang"
[Rujuk: Imam Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala (12/450), Ibnu Hajar, Muqaddimah al-Fath (505), Salahuddin Ali Abdul Maujud, Sirah al-Imam al-Bukhari (114)]

No response to “Projek bangunan oleh Imam al-Bukhari”
Leave a reply