Isnin, 11 September 2017

Adab terhadap Ilmu

Diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki pernah bertanya Imam Abdullah bin al-Mubarak rahimahullah (wafat 181 H) tentang sebuah hadith ketika beliau sedang berjalan, lalu beliau pun berkata;

ليس هذا من توقير العلم

Ini bukanlah adab dalam menghormati ilmu.

# Sebenarnya tidak salah menyampaikan ilmu di mana-mana, tetapi ini menunjukkan bab memuliakan hadith Nabi salallahualaihiwassalam. Sehingga para salaf, sebelum menyampaikan hadith akan berwudhuk, memakai pakaian yang cantik dan bersih baru membacakan hadith.

Nafsu atau Agama yang harus dimuliakan?

Seorang tabi'in yang bernama Mujahid bin Jabr rahimahullah (wafat 104 H) pernah berkata;

من أعزّ نفسه أذل دينه ، ومن أذلّ نفسه أعزّ دينه
'Barangsiapa yang memuliakan nafsunya maka hinalah agamanya dan barangsiapa yang menghinakan nafsunya maka mulialah agamanya.'

Kebaikan Dunia dan Akhirat

Kata Imam Hasan al-Basri rahimahullah (wafat 110 H) berkenaan ayat Allah SWT yang menyebut;

ومنهم من يقول ربنا آتنا في الدنيا حسنة
"Di antara mereka ada yang mengatakan wahai tuhan kami berikanlah kami di dunia ini kebaikan..." (Al-Baqarah: 201)

قال: الحسنة في الدنيا: العلم والعبادة، والحسنة في الآخرة: الجنة

Kata beliau, kebaikan di dunia ialah ilmu dan ibadah, manakala kebaikan di hari akhirat ialah syurga.

[Tafsir al-Tabari, Ibn Jarir Al-Tabari]

Kemuliaan Hanyalah dengan Islam

Kemuliaan kita dengan Islam bukan dengan harta benda

Kerana itu Saidina Umar RA menegaskan;

نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فمهما ابتغينا العزة بغيره أذلنا الله

'Kita adalah satu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Apabila kita mencari kemuliaan selain daripada Islam maka kita akan dihinakan oleh Allah.'

[Riwayat al-Hakim dan Ibn Abi Syaibah]


Teladani Kisah Salaf

Diriwayatkan bahawa Imam Abu Hanifah rahimahullah (wafat 150 H) berkata;

الحكايات عن العلماء ومجالستهم أحب إلي من كثير من الفقه؛ لأنها آداب القوم وأخلاقهم

'Kisah-kisah hikayat para ulama dan duduk dalam majlis mereka lebih aku sukai daripada kebanyakan masalah-masalah fiqh kerana kisah-kisah tersebut mendidik orang ramai tentang adab dan tingkah laku mereka untuk diteladani.'

Rujukan: Jami'ul bayan al-ilm wa-fadlih, Ibn Abd Barr
 
© Baitul Salaf | Dijanakan oleh Blogger
آثار ومقالات عن السلف الصالحين مترجمة إلى اللغة الملايوية | موقع بيت السلف @